Monday 19 December 2011

Bukit Selambau. 4 Disember 2011

Lokasi : Bukit Selambau, Kedah
Jumlah Tetamu : 300 orang
Menu Utama :  Gulai Daging, Sambal Ayam, Acar Nenas
Air                  : Air Sirap
Pencuci Mulut : Buah Limau
Hidangan Sampingan : -
Jumlah Khemah : 1


Salam,


Majlis Perkahwinan yang sederhana tapi sangat meriah. Thanks to tuan rumah kerana memilih khidmat katering paksu.


Sorry takda gambar tuk post ni

 
Thanks

Monday 21 November 2011

Hidangan Makan Beradab

Salam,

post kali ni paksu letakkan gambaq contoh hidangan makan beradab,gambaq dibawah diambik dari kenduri pertama dlm keluarga paksu, kenduri anak sulong
 pada bulan 4 lepas

hidangan meja makan pengantin

menu dari pandangan tepi

hidangan meja keluarga pengantin

Kalau berminat, sila lah call paksu, kita boleh berbincang..lebih baik booking awal2 tuk
mengelakkan khidmat katering pada tarikh majlis perkahwinan penuh
Selalunya akan crowded pada cuti2 sekolah

ok ya...nnti paksu post lagi perkara2 yg penting dan menarik..cthnya pakej yang paksu sediakan....

jumpa lagi ya......Salam

Paksu :  013 457 9985

Monday 14 November 2011

Jamuan Majlis Korban Lembu. Kpg Pinang Dalam. 07 Nov 2011

Lokasi : Kampung Pinang Dalam, Sg Lalang
Jumlah Tetamu : 200 org
Menu Utama : Daging Masak Hitam & Sup Daging (tulang,gearbox,rib,hati limpa,daging),
                         Nasi Putih, Air asam (cicah dgn daging)
Minuman : Air Oren
Khemah : 1

Salam,

Macam biasa setiap taun, kampung paksu buat korban.....taun ni 4 ekor.....nak cerita, seekor terlepas...ni lyg last sekali nk kena sembelih..sebab dia takut and tali ikat pon kecik ja..huhuhuhu...syukur terlepas x msk kampung or Laguna Merbok, dia pi kt padang..mau dua jam jgk dok kepung nk tangkap dia..last2 sekali panggil tuan punya lembu...kejap ja dpt tangkap balik pakai tali mcm cerita koboi tuuu...

Kembali kepada tajuk utama, menu utama adalah daging masak itam & sup tulang daging. Tugas paksu kali ini dibantu oleh paklong ya and pakngah...x sunyi ada lepa ni....x kering gusi...mcm mcm lepa cerita.... memasak pon jadi enjoy..

Sorrylah gambaq tak byk kali ni.....ada 2 keping ja

daging yg dipotong kecik, direbus dulu..supaya x keras time memasak nanti

nilah hasilnya...daging masak hitam(xpi nmpk x itamkan.sbb x siap lagi)

Sebenarnya ada bnyk cara tuk sedapkan setiap masakan.bnyk sgt cara..ingat lagi dulu, paksu ada sembang dgn sorang chef hotel...dia kata " setiap menu atau masakan, ramuan asas dia sama ja, bergantung pada kreativiti seseorang nk bagi sedap"

Jadi, tuk kelainan dan nak bagi sedap..Paksu masukkan buah kurma yg dikisar dgn rempah2 yg lain kedalam Daging Masak Hitam ni....tujuan dia nak bagi kuah dia pekat dan rasa yang seimbang

Alhamdullilah..majlis tamat sebelum solat Zohor, semua yang dtg menolong, terima kasih diucapkan..lauk abis..Syukur pada Tuhan...tahun depan. ada rezeki..Kampung Pinang Dalam akan ada majlis korban lagi


Terima Kasih

Wednesday 9 November 2011

Taman Gurun Jaya. 22 Oct 2011

Lokasi : Taman Gurun Jaya, Kedah
Jumlah Tetamu : 800 orang
Menu Utama : Kurma Daging, Acar Buah, Nasi Minyak & Nasi Minyak,
                         Daging Hitam
Air                  : Air Sirap
Pencuci Mulut : Buah Limau
Hidangan Sampingan : Bubur Kacang Hijau, Mee Kuah Ketam, Rojak
Jumlah Khemah : 3

Salam,

Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancaq.semua plan berjalan dgn baik. Tuan rumah  gembira. Kenduri ni paksu guna khidmat 10 orang mentara (waiter), ramai sikit sbb bagi x kalut dan ada standby.

Mentara paksu x dak baju rasmi lagi..lepa pakai ikut dan ja...dok plan tak lama lagi nk bt baju....eeem colo apa yg sesuai ?..tengah dipikir pikirkan

ni ada sikit gambar kt umah pengantin, lauk & susun atur makanan


susunan bekas nasi,pinggan, lauk dan air

nasi minyak paksu katering

daging kurma

daging masak itam

buah limau

meja mkn pengantin colo purple

Terima Kasih kepada Tuan Rumah, sbb bagi peluang kepada paksu menjayakan kenduri lepa

Kepada yang berminat, boleh call paksu ya...kita sembang2..
paksu : 013 4579985

Tuesday 8 November 2011

Assalammualaikum : Salam Katering

Salam,

Terima kasihla bnyk2 sebab sudi mai tgk blog paksu ni. paksu bukannya pandai sgt bab bab internet ni, ni pon mintak tlg anak buatkan, dia kata baguih tuk promosi
Melalui blog ni lah, paksu akan letakkan gambar dan sebagainya berkenaan sebarang majlis yg paksu sediakan kidmat katering

Terima kasih nooo...pelan pelan, paksu nak cerita nnti...

klu berminat nak katering paksu, jangan segan2 , telepon lah nombot kat bawah ni

paksu :  013 457 9985